Lima Individu Positif Dadah Ditahan Dalam Ops Tapis Sandakan

SANDAKAN: 20 Ogos 2025 – Polis menahan lima individu dalam Ops Tapis yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar Kampung Baru Batu 8 dan Bandar Sibuga Batu 8, semalam.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi, dua lelaki ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Seorang wanita turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat BSJND Sandakan untuk ujian saringan air kencing yang mana mengesahkan mereka positif dadah.

Pada jam 4 petang, dua lagi lelaki ditahan di lokasi berasingan, dan hasil ujian saringan turut mendapati mereka positif dadah. Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Lima suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, operasi itu mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras penagihan serta pengedaran dadah di daerah berkenaan.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal