SAFVA Seru Para Penggiat Seni Sertai Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif Anjuran FINAS Bernilai RM50,000

Chester sedang memberi taklimat tentang cara permohonan dana bengkel.

KOTA KINABALU, Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFVA) menyeru para penggiat seni segera berramai-ramai menghubungi Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFMA) yang akan membantu selaraskan modul latihan serta tarikh penganjuran bengkel, untuk memaanfaat dana Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif FINAS.

Pengerusi mesyuarat Chester Pang berkata, durasi penganjuran selama 3 hari dengan nilai harga siling dana sehingga RM50,000 untuk setiap program akan ditutup pada 1 September 2025, dengan penetapan 5 skop program iaitu pembangunan idea, penceritaan (storytelling), asas lakonan, kemahiran sudut kamera dan suntingan kreatif.

Chester berkata, memenuhi syarat-syarat permohonan termasuk penyediaan kertas kerja sangat mencabar kerana masa yang diberi agak pendek. Bagi mememastikan pelaksanaan program boleh dijalankan ke seluruh Sabah, SAFVA memerlukan kerjasama dari semua persatuan seni kreatif Sabah untuk memohon supaya inisiatif FINAS dapat dinikmati oleh belia-belia Sabah secara keseluruhan dan bukan hanya tertumpu di Kota Kinabalu.

Menurut hebaan melalui Facebook rasmi FINAS, program itu merupakan satu inisiatif Kerajaan MADANI bagi memperkasa bakat tempatan, merapatkan jurang peluang antara wilayah dan mengangkat martabat industri kreatif negara. Pada masa yang sama ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk membangunkan ekosistem kreatif yang inklusif, mampan dan berdaya saing, sambil membuka peluang kolaborasi antara kerajaan, industri dan komuniti.

Program Belia Kreatif Madani dengan peruntukan RM30 juta telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025.

Sementara itu, Chester yang juga presiden SAFVA menyambut baik cadangan Ramli Carlo, presiden Persatuan Bakat Skrin Sabah (PBSS) berkenaan penubuhan gabungan persatuan- persatuan seni kreatif Sabah sebagai satu wadah perjuangan bersama untuk pembangunan seni kreatif khasnya di Sabah. Beliau berjanji akan usahakan cadangan itu melalui perbincangan dengan persatuan-persatuan seni kreatif yang lain.

Sebanyak 4 persatuan telah hadir pada pertemuaan tersebut iaitu Persatuan Bakat Seni dan Kreatif Sabah (PBSKS) diwakili Timbalan Presiden, Kipli Chew; Presiden Persatuan Bakat Skrin Sabah (PBSS), Ramli Carlo; Persatuan Pendidikan Muzik Kinarut (PPMKS) yang diwakili oleh Penolong Setiausaha, Sumarli Loli; dan SAFVA.

Turut hadir ialah Naib Presiden SAFVA, Zahm Zulkifli; Setiausaha Agung, Jade Morris; Penolong Setiausaha Agung , Bibi Harith; Penolong bendahari Agung; Michelle Pang; dan, Exco SAFVA, Gregory Giting.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi SAFVA di https://www.facebook.com/hashtag/safva

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal