đť—žaamatan Untuk Semua – đť—žitingan

Share the news

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU: 6 Mei 2025 – Sambutan Pesta Kaamatan diperluaskan untuk diraikan bersama seluruh lapisan masyarakat dan tidak terhad dalam lapisan komuniti Kadazan Dusun Murut (KDMR).

Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata tema “Kaamatan Untuk Semua’ membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, selain Sugandoi dan Unduk Ngadau, pelbagai pertandingan turut dianjurkan, antaranya memasak, layanan dan kraftangan.

Menurutnya lagi antara yang menarik ialah Pesta Kaamatan bukan sekadar Pesta Menuai tetapi juga dijadikan pesta menanam bila sebanyak tujuh jenis herba yang hampir pupus akan ditanam pada pesta itu nanti.

“Aktiviti ini merupakan salah satu usaha bagi mengelakkan spesies tanaman herba yang bernilai dan berharga, daripada pupus,” ujarnya.

Sementara itu selain dari persembahan kebudayaan, pesta kali ini juga dijadikan medan dialog antara budaya (Intercultural Dialogue) yang akan membincangkan budaya tempatan, yang melibatkan negara luar.

“Dialog ini akan membincangkan bagaimana kita boleh meraikan bersama atau memahami budaya selain dari budaya kita. Buat masa ini, kita telah mengadakah dialog bersama Indonesia, Korea dan jiran kita, Filipina,” katanya.

Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas selesai beberapa rakaman bersama RTM Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kota Kinabalu, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal