Tuesday, December 24, 2024

Joniston tewas dengan majoriti tipis kepada Tangau

sumber gambar: RTM

Mohd Syukrie Johary

TUARAN: Dengan hanya kelebihan 233 undi, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tangau yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) menewaskan pencabar terdekat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dengan kelebihan 233 undi, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tangau turut menewaskan calon Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas; calon PEJUANG, Muminin Kalingkong @ Norbinsha; serta dua calon Bebas Datuk Noortaip Suhaili dan Boby Lewat.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tewas kepada penyandang kerusi kawasan itu, Isnaraissah Munirah Majilis dari Warisan dengan kelebihan 4,582 undi.

Abdul Rahman mendapat 20,566 undi berbanding Munirah yang memperoleh 25,148 undi. Seorang lagi calon turut tewas dalam pertandingan tiga penjuru itu, iaitu Madeli @ Modily Bangali dari Pakatan Harapan (PH) dengan undi 8,323 undi.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights