Dr Max berdepan lima pesaing di Kota Marudu
KOTA MARUDU: Parlimen Kota Marudu antara kawasan pilihan raya yang menarik kali ini kerana pemimpin seperti Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan terus cuba mempertahankan kerusinya.
Penyandang Dr Maximus kali ini berhadapan dengan perlawanan enam penjuru di Parlimen Kota Marudu, dengan empat lawannya daripada parti politik dan seorang calon bebas.
Presiden Parti Bersatu Sabah(PBS) itu bertanding sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu adalah calon keempat menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.11 pagi di pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Kota Marudu, Sabtu.
Beliau menyaksikan saingan Datuk Wetrom Bahanda dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang menjadi orang pertama menyerahkan borangnya pada 9.05 pagi, diikuti Sharilal Denci (Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia) seminit kemudian, Datuk Jilid Kuminding (Parti Warisan Sabah) pada 9.10 pagi, calon Bebas Norman Tulang pada 9.15 pagi dan calon Pejuang Tanah Air Mohd Azmie Zulkiflee yang terakhir menyerahkan borang pada 9.20 pagi.
Hari ini juga menandakan permulaan rasmi tempoh kempen selama dua minggu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang disifatkan oleh pemimpin tinggi di Kuala Lumpur sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’ di Malaysia.
– Tv Sabah News
0 Comments