Kiandee calon PN bagi Parlimen Beluran, bertembung dengan calon BN Benedict Asmat

BELURAN: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pagi tadi muncul di pusat penamaan calon untuk mengemukakan borang pencalonannya bagi mempertahakan kerusi Beluran mewakili Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Penyandang Parlimen Beluran itu tiba tepat jam 8.45 pagi di Dewan Serbaguna Beluran diiringi para penyokong PN. Pencalonannya dicadang oleh Ramadan Langgian dan disokong oleh Osmond Lawasa.
Naib Presiden Bersatu itu yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, bertindak demikian setelah beliau digugurkan bagi mempertahankan Baluran.
Calon bagi Parlimen Beluran tidak diumunkan pada masa pengumunan calon calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada 2 November.
Dua hari yang lalu pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedict Asmat sebagai calonnya BN bagi Parlimen Beluran.
Selain Dr Kiandee dan Benedict tiga lagi calon lain ialah Rowiena Rasid (Parti Warusan) dan Hausing Shamsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Sitin Saang (Pakatan Harapan).
.Dr Kiandee memenangi kerusi Beluran untuk BN pada pilihan raya umum 2018 dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti lebih 7,115 undi. Beliau memperoleh 13,007 undi berbanding 5,893 undi yang diperoleh Dr Japar Zairun dari Parti Warisan.
Ahli Parlimen Beluran selama lima penggal itu, Dr Kiandee keluar Umno pada Disember 2018 apabila Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
GRS dan BN Sabah telah bersetuju untuk bekerjasama pada PRU kali ini. Bersatu, tonggak PN, juga ialah komponen GRS.
– TV Sabah News