Bartender Sabah mara ke Top 12 Kejohanan APEC

53e12d18 83e0 4e5a 8d65 3266d76083d8

KOTA KINABALU: 18 Julai 2026 – Anak jati Keningau, Arjenier Leong Xiao Fu, terpilih sebagai salah seorang daripada 12 finalis terbaik dalam Marriott International APEC Sustainable Bartender Championship 2026 – Malaysia yang berlangsung pada Jun lalu.

Bartender dari Le Méridien Kota Kinabalu itu mendapat pengiktirafan menerusi koktel ciptaannya, Tandahau Ember, yang menonjolkan warisan Sabah menggunakan bahan tempatan seperti lihing, jeruk bambangan dan soda halia Sabah.

Walaupun tidak mara ke tiga teratas, pencapaian itu dianggap mencerminkan perkembangan bakat tempatan dalam industri hospitaliti serantau.

Arjenier berkata penyertaan tahun ini amat bermakna kerana beliau berjaya layak ke pertandingan itu buat kali ketiga berturut-turut.

“Saya amat gembira kerana diiktiraf sebagai antara 12 finalis terbaik. Pertandingan ini mencerminkan perkembangan dan harapan saya untuk terus menghasilkan ciptaan yang membawa jiwa Sabah,” katanya.

Koktel Tandahau Ember menggunakan Monkey 47 sebagai bahan asas, digabungkan dengan lihing, jeruk bambangan dan soda halia Sabah.

Dalam bahasa Kadazan Dusun, “Tandahau” bermaksud roh atau tenaga, manakala “Ember” melambangkan kehangatan dan kekuatan—menggambarkan semangat dan warisan Sabah.

Koktel itu turut mengamalkan konsep kelestarian dengan menggunakan lebihan kulit bambangan sebagai hiasan untuk mengurangkan pembaziran.

Pengurus Besar Le Méridien Kota Kinabalu, Suresh Ramasamy berkata, pencapaian Arjenier menunjukkan bahawa budaya dan bahan tempatan Sabah mampu diketengahkan melalui kreativiti dalam industri hospitaliti.

Kejohanan itu mengiktiraf bartender berdasarkan kreativiti, amalan kelestarian dan prestasi komersial termasuk hasil jualan, penglibatan media sosial dan maklum balas pelanggan. Penjurian peringkat serantau berlangsung pada 10 Jun 2026 di The Westin Jakarta, Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal