1,000 anak muda hadir pelancaran Troop183 Beluran
BELURAN: Lebih 1,000 golongan muda hadir untuk memberi sokongan kepada pelancaran Troop183 @ Labuk dan Program Pemimpin Bersama Anak Muda di sini, pada Isnin.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melancarkan program itu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada anak-anak muda di daerah itu
“Mereka menunjukkan minat dengan membabitkan diri di Parlimen Beluran dalam proses demokrasi. Mereka berminat untuk mengetahui proses demokrasi kerana pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi,” kata Dr Ronald.
Buat pertama kali dalam sejarah negara ini, pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dalam PRU-15 dan ini dilihat sebagai penghargaan kepada hak demokrasi mereka.
Dalam PRU15 yang akan diadakan pada 19 November ini, anak-anak muda katanya, perlu bijak memilih pemimpin yang boleh memberi khidmat terbaik kepada mereka terutama membangun kawasan luar Bandar.
“Oleh itu, anak-anak muda perlu memilih parti GRS, bagi menentukan aspirasi dan agenda pembangunan dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
– Tv Sabah News
0 Comments