Tuesday, December 24, 2024

Isu kesesakan di Tawau perlu penyelesaian jangka panjang

Nilam Raon

TAWAU: Perancangan jangka panjang perlu dilaksana bagi mengatasi isu kesesakan jalan raya di daerah ini khususnya di laluan yang menjadi penghubung penduduk dua daerah iaitu Tawau dan Kalabakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal berkata, masalah itu antara yang mendapat perhatian pihaknya dan perlu diberikan keutamaan susulan kesesakan di beberapa jalan antaranya Jalan Utara Baru semakin serius.

“Saya percaya kerajaan negeri akan mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan penduduk di daerah ini,” katanya ketika ditemui media pada Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbahraya, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, ketika ini sebanyak 30 projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur melibatkan peruntukan RM1.5 juta daripada RM2 juta oleh Kerajaan Negeri kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) sedang giat dilaksanakan ketika ini.

“Sebanyak RM500 ribu pula adalah projek sentuhan kasih untuk menyantuni penduduk termasuklah pendidikan seperti pemberian komputer riba dan keperluan di sekolah.

“Buat masa ini, separuh daripada projek-projek menaik taraf infrastruktur sudah siap dilaksanakan seperti pembaikan jambatan di kampung-kampung, jalan raya dan landskap Taman Awam Muhibbah,” katanya.

Rina berkata, sepanjang empat bulan berada di blok kerajaan, banyak projek-projek pembangunan dan aduan yang tergendala sebelum ini berjaya diselesaikan.

“Kami cuba memanfaatkan peruntukan yang diberikan supaya penduduk Kukusan menerima pembangunan lebih baik,” katanya lagi.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights