Oleh: Nurul Fazliana Norman
PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit berbatu di Jalan Sapulut-Tambunan, berhampiran Kampung Notorus, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit berbatu di lokasi kejadian.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni menerusi talian 019-8095133 untuk membantu siasatan.
Justeru itu, polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mengawal kelajuan kenderaan dan mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sumber: Polis Daerah Penampang
