Dabra Sia sasar pasaran Semenanjung selepas juarai Borneo Rising

IMG 20261026 WA0407

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

PENAMPANG: 26 Oktober 2026 – Juara Borneo Rising, Dabra Sia merancang mengembangkan kerjaya muzik ke Semenanjung Malaysia menerusi kerjasama bersama label Rocketfuel selepas kejayaannya dalam pertandingan akhir Borneo Rising.

Dabra berkata dia mahu bekerjasama dengan label berkenaan untuk menghasilkan lagu yang berpotensi diterima pendengar di Semenanjung.

“Saya akan cuba mendekati mereka, bekerjasama dengan mereka dari segi memuat naik lagu sehingga lagu yang betul-betul boleh diterima di Semenanjung,” katanya.

Dabra yakin dia berpeluang melangkah lebih jauh dalam industri muzik, namun menyedari kejayaan turut bergantung pada rezeki, selain usaha, disiplin, kerajinan juga kreativiti.

“Saya rasa saya boleh, tapi terpulang dengan rezeki,” katanya.

Melihat kepada perancangan menghasilkan karya baharu, Dabra berkata dia sudah mempunyai beberapa koleksi lagu. Bagaimanapun, dia mengakui masih perlu memperbaiki kemahiran penulisan lirik, khususnya dalam bahasa Melayu.

Dabra berharap dapat bekerjasama dengan penyanyi terkenal di Semenanjung untuk mempelajari teknik penulisan lirik, di samping meneroka kemampuan diri dalam menghasilkan karya yang sesuai dengan identiti muziknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal