Elnara Asha raih pelbagai kejayaan dalam 11 pertandingan sepanjang 2026

cc4a25d3 2ffa 4b96 af5c 48dd05bdfc0b

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 12 Oktober 2026 – Elnara Asha, 8, terus mengukir kejayaan dalam bidang peragaan apabila dinobatkan sebagai Grand Winner Beauty Little Miss Sabah 2026 kategori Kids pada September lalu, selepas menewaskan 16 finalis lain.

612963e7 64b4 4e16 af5c 85a88aea5c54

Kejayaan itu menambah pencapaian Elnara yang turut meraih gelaran Grand Winner Overall The Catwalk Master Asia 2026 di Putrajaya dan Grand Winner The Supertalented Catwalk Borneo 2026 pada Oktober ini.

Beliau turut menjuarai I Am Model Search International 2026 di Thailand, Little Miss Huminodun 2026, Ratu Dazanak IBS 2026, Sutera Harbour Little Unduk Ngadau 2026 dan Riverson Little Miss Harvest 2026.

Selain itu, Elnara meraih tempat kedua dalam Beauty Kids Huminodun 2026, Little Glam Kaamatan 2026 dan The Malaysia Heritage Pageant 2026.

Menurutnya, kejayaan itu amat bermakna hasil latihan berterusan selain sokongan ibu bapa dan keluarga.

“Saya sangat gembira, terharu dan bersyukur kerana segala usaha dan penat lelah saya bersama ibu bapa akhirnya membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui.

Selain gelaran utama Beauty Little Miss Sabah 2026, Elnara turut memenangi enam gelaran sampingan, termasuk Best in Evening Gown, Best in Cocktail Dress dan Best Smile.

Beliau berkata, setiap pertandingan mengajarnya tentang disiplin, keyakinan diri dan cara menerima kemenangan atau kekalahan dengan hati terbuka.

55f888b5 23f1 4137 a8fd cba76290a537

Walaupun aktif dalam bidang peragaan, Elnara berkata pelajaran tetap menjadi keutamaan dan beliau menjalani latihan catwalk setiap malam hanya pada hujung minggu.

“Impian saya adalah untuk menjadi jurulatih model atau model yang berjaya di pentas antarabangsa. Saya mahu membanggakan keluarga, negeri Sabah dan Malaysia,” katanya.

Elnara dijadual menyertai BIG SABAH SALE SICC Fashion Runway 2026 pada 1 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal