Oleh: Nurul Fazliana Norman
NAGOYA: 3 Oktober 2026 – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ meraih pingat emas dalam acara keirin lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, semalam.
Azizulhasni menjuarai perlumbaan final 1-6 selepas menamatkan saingan di tempat pertama, diikuti pelumba China, Li Zhiwei yang meraih perak dan Xie Han dengan gangsa.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Pelumba tuan rumah Jepun, Nakaishi Minato menduduki tempat keempat, manakala Yung Tsun Ho dari Hong Kong melengkapkan saingan di tempat keenam.
Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

