PBS tubuh Generasi Belia dan Beliawanis (GBB) di semua bahagian

d7c6b973 5ed4 4033 ae39 12ff6abf5c66 EAA6C592 720A 4F15 95FA A6BA529F635B

KOTA KINABALU: 26 Sept 2026 – Parti Bersatu Sabah (PBS) menerima kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk pindaan Perlembagaan parti, membuka ruang penubuhan Gerakan Belia dan Beliawanis (GBB) di semua bahagian.

Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki berkata GBB menjadi platform tersusun untuk golongan muda berusia 18 hingga 25 tahun melibatkan diri dalam aktiviti politik sihat, membina dan bertanggungjawab.

208648f4 7c07 48dc ba56 dbc223cb9c27

“Ini memberi ruang kepada anak muda kita untuk belajar, menyumbang idea, menimba pengalaman dan memahami perjuangan dan prinsip parti dari peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata penubuhan GBB bukan sekadar penambahan struktur organisasi, sebaliknya pelaburan masa depan PBS.

“Kita mahu ahli muda memahami DNA PBS, menghargai sejarah perjuangan parti dan membina integriti, keberanian dan rasa tanggungjawab untuk menjadi pemimpin masa hadapan,” katanya.

Mekanisme pelaksanaan GBB akan diperincikan kepimpinan baharu Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih perwakilan.

Katanya, inisiatif itu seiring PBS memasuki fasa pembaharuan kepimpinan, dengan penekanan lebih besar terhadap ruang untuk pemimpin muda.

“Masa depan PBS bukan hanya bergantung kepada usaha mempertahankan legasi lebih empat dekad, tetapi juga keupayaan menyediakan generasi baharu meneruskan legasi itu,” katanya.

Pindaan Perlembagaan itu mencerminkan usaha PBS memperkukuh organisasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap politik dan sosial semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal