AgiBot komited merealisasikan potensi pelaburan RM1 bilion di Malaysia

9e4185ea 6148 4e8f a10f a51b08a89d88

KUALA LUMPUR: 24 September 2026 — AgiBot Innovation menyatakan komitmen untuk merealisasikan potensi pelaburan bernilai RM1 bilion di Malaysia menjelang 2035, dengan penciptaan 5,000 peluang pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu merupakan antara hasil pertemuan beliau dengan pihak pengurusan kanan lima syarikat gergasi industri China.

Lima syarikat terbabit ialah AgiBot Innovation, ZTE Corporation, Alibaba Group, Geely Automobile Holdings dan Huawei Technologies.

Menurut beliau, perbincangan tertumpu kepada penerokaan keupayaan pelaburan baharu dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi.

Antaranya robotik humanoid, infrastruktur digital, kecerdasan buatan (AI), teknologi kenderaan elektrik (EV) dan e-dagang.

ZTE turut menggariskan inisiatif dan pelaburan bernilai RM170 juta untuk memacu transformasi digital Malaysia, sekali gus membina lebih banyak peluang kerjaya berkualiti untuk tenaga kerja tempatan.

Dalam perbincangan dengan Alibaba Group, usaha memperluas akses pasaran untuk produk Malaysia turut disentuh.

Ia membabitkan keluaran perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), termasuk industri halal negara, ke pasaran China dan global menerusi ekosistem digital Alibaba.

“Kerajaan MADANI kekal komited merintis dan menarik pelaburan berkualiti tinggi. Langkah ini untuk memperkasa keupayaan bakat tempatan dan menjana peluang pekerjaan berkemahiran demi memacu kemakmuran ekonomi rakyat dan negara,” berdasarkan kenyataan beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal