Dua kenderaan disita dalam operasi samseng jalanan Tawau

b7971731 d24d 4ff4 8f45 63ca3b1d4a90

TAWAU: 21 September 2026 — Polis Daerah Tawau menyita dua kenderaan dan mengeluarkan 14 notis saman dalam Operasi Samseng Jalanan di tiga lokasi, kelmarin yang bermula 10.30 malam hingga 2 pagi, membabitkan T2 Jalan Apas, One Arena Jalan Chong Thien Vun dan Sekatan Jalan Raya di Batu 2 Jalan Apas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh, berkata saman dikeluarkan atas kesalahan tiada cermin sisi, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, pengubahsuaian ekzos, tiada lesen memandu kelas B2 dan tidak mempamerkan tanda ‘P’.

Motokar dikenakan tindakan kerana mengubah suai ekzos dan menggunakan lampu selain warna putih manakalah kenderaan pacuan empat roda pula dikenakan tindakan kerana menggunakan kenderaan tidak sesuai.

“Sebuah kereta Fairlady dan sebuah kenderaan pacuan empat roda disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. Kedua-duanya akan diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan susulan menerusi Operasi Extreme.

Sepanjang operasi, polis memeriksa 80 kenderaan dan 64 individu manakalah 30 motosikal, 30 motokar, 18 kenderaan pacuan empat roda dan dua lori.

Sumber: PDRM Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal