Lelaki ditahan, pistol dan 901 gram syabu dirampas

WhatsApp Image 2026 09 18 at 10.25.13 AM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 18 September 2026 – Seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun ditahan polis selepas sepucuk pistol semi-automatik jenis Colt .45 bersama tiga butir peluru dan 901.35 gram dadah disyaki syabu dirampas dalam serbuan di sebuah bilik penginapan di Jalan Dunlop, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, YDH ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Tawau.

Dalam serbuan itu, polis menemukan sepucuk pistol semi-automatik jenis Colt .45, satu magazin dan tiga butir peluru yang disimpan dalam plastik hitam di dalam bilik penginapan berkenaan.

Suspek kemudian membawa pasukan polis ke sebuah Proton Wira yang diletakkan di kawasan penginapan sebelum pemeriksaan terhadap sebuah beg silang hitam di bawah tempat duduk pemandu menemukan satu paket plastik berisi bahan hablur jernih disyaki syabu seberat 901.35 gram.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku dadah berkenaan miliknya, manakala ujian saringan air kencing mendapati dia positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Mengikut kes senjata api, suspek mendakwa pistol berkenaan diperoleh dari seorang lelaki di daerah lain dan dipercayai untuk dijual kepada pihak lain di negara jiran.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, selain tindakan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Suspek telah diperintah reman selama 14 hari untuk membantu siasatan lanjut.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah termasuk pemilikan senjata api secara haram.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal