MyKad Wajah Baharu, 53 ciri keselamatan elak pemalsuan MyKad

3e6a3df9 8dfa 4d14 b4de 5e354ed6cf80 3763C7EA 8435 4A24 B386 2B4C541D4845

KUALA LUMPUR: 17 September 2026 — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan MyKad Generasi Baharu yang menampilkan 53 ciri keselamatan fizikal untuk memperkukuh usaha mencegah pemalsuan.

Menerusi video pengenalan yang dikongsikan JPN, ciri keselamatan itu merangkumi elemen pada permukaan dan struktur kad.

Antaranya Hologram Keselamatan Dinamik yang memaparkan imej tiga dimensi yang berubah mengikut sudut pandangan dan pencahayaan.

MyKad baharu itu turut dilengkapi ciri keselamatan ultraungu (UV) yang menonjolkan elemen tertentu apabila didedahkan kepada sinaran ultraungu, selain corak Guilloche, teks mikro dan Transparent Window.

Dari segi binaan, kad tersebut menggunakan lapisan polikarbonat yang lebih tahan terhadap suhu dan bahan kimia.

Pada bahagian belakang MyKad, terdapat Kod QR bagi menyokong keperluan pengesahan dan penguatkuasaan.

MyKad Generasi Baharu turut dilengkapi cip NFC yang membolehkan pembacaan secara contact dan contactless, selain cip pemprosesan lanjutan dan cip antara muka dwi fungsi.

Sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi Pusat Cetakan di seluruh negara akan mula mengeluarkan MyKad Generasi Baharu mulai 17 September 2026.

Menurut JPN, urusan pengeluaran MyKad di cawangan berkenaan mempunyai tempoh siap pada hari yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal