Dua lokasi dicadang untuk pemindahan Pasar Besar Kota Kinabalu

2a6597e5 ede3 45fc abb7 e38c475ff5f5 1416A70C BD38 47A7 ADCC CA023DF65D08

KOTA KINABALU: 15 September 2026 — Kerajaan Sabah sedang meneliti dua lokasi yang dicadangkan untuk pemindahan Pasar Besar Kota Kinabalu keluar dari kawasan pusat bandar.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata dua lokasi tersebut ialah tapak seluas 40 ekar di sepanjang Jalan UMS, Alam Mesra, dan satu lagi tapak berhampiran Kampung Likas di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens.

“Pemindahan Pasar Besar Kota Kinabalu keluar dari kawasan pusat bandar merupakan antara usaha yang sedang kita teliti untuk menyediakan kemudahan pasar yang lebih besar, teratur dan selesa untuk rakyat dan peniaga,” katanya selepas meninjau kedua-dua lokasi kelmarin.

Tapak di Alam Mesra dicadangkan sebagai Hab Pasar Bersepadu Kota Kinabalu Utara yang merangkumi pasar basah dan kering, pusat produk kebudayaan, tempatan dan pelancongan, pusat penjaja dan jeti ikan.

Tambah beliau, cadangan itu masih di peringkat awal, manakala DBKK akan menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Sabin Samitah; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai dan Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal