Harga minyak naik 25 sen susulan konflik AS-Iran

IMG 2670

PUTRAJAYA: 9 September 2026 — Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen seliter mulai esok, susulan peningkatan harga minyak mentah dunia yang dipengaruhi konflik antara Amerika Syarikat dan Iran selain gangguan bekalan petroleum melalui Selat Hormuz.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga baharu itu berkuat kuasa dari 10 hingga 16 September ini.

RON97 ditetapkan pada RM4.50 seliter manakalah RON95 tanpa subsidi RM4.02 seliter, dan diesel tanpa subsidi pula RM4.92 seliter.

Harga bahan api bersubsidi kekal, iaitu RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter dan diesel di bawah BUDI Diesel pada RM2.10 seliter.

Untuk sektor yang menerima subsidi melalui SKPS dan SKDS, RON95 kekal RM2.05 seliter, manakala diesel RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan harga minyak mentah dunia untuk memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan kepentingan rakyat dilindungi.

Sumber: Kementerian Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal