KOTA KINABALU: 9 September 2026 — Atlet Sabah, Renoddry Remey, memenangi pingat emas acara 400 meter lelaki kategori T20 pada Para SUKMA Selangor 2026 selepas mencatat masa 49.48 saat.
Pelajar Tingkatan Lima Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) itu mencatat rekod peribadi terbaik dalam aksi final di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor, pada 7 September lalu.
Renoddry berjaya menamatkan larian 400 meter di bawah 50 saat buat kali pertama, dengan menewaskan atlet Kelantan yang mencatat masa 49.75 saat untuk meraih pingat perak.

Sebelum ini, Renoddry memenangi emas acara 400 meter pada Sukan Kolej Vokasional (SUKOV) peringkat kebangsaan pada Ogos lalu.
Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, berkata kejayaan itu membuktikan pelajar PPKI mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam kejohanan peringkat kebangsaan.
ex

