Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
Gambar sekadar hiasan
KENINGAU: 19 Ogos 2026 – Keningau merekodkan 14 hari berturut-turut tanpa hujan sehingga 17 Ogos 2026, sekali gus memenuhi kriteria Pengharaman Pembakaran Terbuka.
Pemberitahuan terkini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menyenaraikan Keningau antara kawasan yang mengalami cuaca kering melebihi tujuh hari berturut-turut.
Keadaan itu dikategorikan berisiko tinggi terhadap kejadian kebakaran terbuka, termasuk jerebu.
Selain Keningau, Pitas turut merekodkan 14 hari tanpa hujan, diikuti Kota Belud, Ranau masing-masing 13 hari.
Papar, Kota Marudu, Kota Kinabalu pula mencatat 12 hari tanpa hujan.
Dalam pemberitahuan sama, JBPM mengingatkan pembakaran terbuka dilarang ketika keadaan cuaca kering berpanjangan.
Larangan itu meliputi pembakaran sampah dan sisa di kawasan terbuka, tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127), Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekitar (Pembakaran Terbuka) 2003.
Sumber: BBP Keningau

