75 wanita Sabah bergraduasi, AKWan terus lahirkan pemimpin berintegriti

3032e76a 7683 4dc3 b9ca 437c16dcd0dc

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 16 Ogos 2026 – Seramai 75 wanita Sabah menerima sijil graduasi pada Majlis Graduasi Kursus Kepimpinan Wanita Sabah, Ketiga Tahun 2025, Sabtu lalu. Mereka adalah sebahagian daripada program Akademi Kepimpinan Wanita Sabah (AKWan) yang terus memacu pembangunan modal insan wanita Sabah.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki dalam ucapannya yang disampaikan oleh Pembantu Menteri, Datuk Rina Haji Jainal, berkata AKWan menjadi platform kepimpinan yang sistematik, inklusif dan berimpak tinggi.

“AKWan bukan sahaja memberi pengetahuan, malah membentuk jati diri, keyakinan, nilai kepimpinan dan kemampuan membuat keputusan secara berkesan,” ujarnya.

Jelasnya, AKWan merangkumi empat kategori kepimpinan, iaitu pemimpin akar umbi, pemimpin muda, pemimpin politik, dan pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

IMG 1346

Menurutnya, setakat ini, 272 peserta mengikuti Tahap Asas, 123 peserta Tahap Pertengahan, dan 84 peserta Tahap Lanjutan.

“Peserta juga mendapat pendedahan dalam integriti, komunikasi, pemikiran kritis, pengurusan konflik, dan jaringan strategic,” katanya.

Julita berharap graduan memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk memimpin organisasi, menyumbang kepada komuniti, dan menjadi agen perubahan.

Majlis di Kota Kinabalu itu turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Maria Chong; Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr. Rosmawati Lasuki; dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Haslina Ismail.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal