TENGGARONG: 13 Ogos 2026 — Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai membakar bilik mesyuarat di pejabat Diskominfo Kabupaten Kutai Kartanegara (Kukar), Kalimantan Timur, Selasa lalu.
Suspek dikenali sebagai MFA dipercayai tidak puas hati selepas gambarnya dirakam tanpa pengetahuan sebelum dikongsi dalam kumpulan WhatsApp dan dijadikan sticker untuk bahan gurauan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Kukar, AKP Elnath Splendidta Wafiq Gemilang, berkata isu itu dipercayai antara motif kejadian.
MFA dipercayai membeli petrol sebelum menyiramnya di pintu bilik mesyuarat tingkat tiga dan membakarnya menggunakan pemetik api sekitar jam 7.20 pagi.
Kebakaran berjaya dipadamkan sekitar jam 8.30 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bilik mesyuarat berkenaan mengalami kerosakan teruk.
MFA kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala polis masih mendalami motif dan kronologi kejadian.
Sumber: Tribunews, Siakap Keli, iNeqs

