Kek cawan Jalur Gemilang eratkan hubungan industri, kerajaan

WhatsApp Image 2026 08 10 at 8.25.53 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

BEAUFORT: 10 Ogos 2026 – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 mengeratkan hubungan antara komuniti industri dan agensi kerajaan menerusi aktiviti menghias kek cawan bertemakan Jalur Gemilang di Haidah Sweet Bakery, di sini pada Sabtu lalu.

Aktiviti itu turut menjadi platform penglibatan industri tempatan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah menerusi pendekatan santai dan kreatif.

Pemilik Haidah Sweet Bakery, Norhaidah Mat Li berkata, penglibatan komuniti industri dalam program kenegaraan dapat mendekatkan usahawan dan pekerja tempatan dengan semangat sambutan kemerdekaan.

“Apabila kita libatkan peniaga kecil dan industri tempatan, secara tidak langsung kita bantu mereka rasa lebih dekat dengan sambutan kemerdekaan. Ini bukan sekadar jualan, tapi tentang semangat dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas aktiviti menghias kek cawan Jalur Gemilang sempena konvoi KMJG 2026.

Norhaidah berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan diperluaskan supaya lebih banyak premis perniagaan yang menggalakkan penyertaan komuniti industri dalam sambutan kenegaraan.

Program turut menyaksikan penyerahan Kit Jalur Gemilang oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor kepada Haidah Sweet Bakery untuk menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) di peringkat kluster industri.

Turut menyertai aktiviti berkenaan ialah wakil Jabatan Penerangan Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Telekom Malaysia Berhad, PERKESO, APMM, FINAS, Jabatan Penjara Malaysia dan Lembaga Industri Getah Sabah.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal