Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
SANDAKAN: 9 Ogos 2026 – Tahap keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) meningkatkan keyakinan pelancong, pelabur, dan komuniti pesisir untuk menjalani kehidupan harian dan aktiviti ekonomi dalam suasana aman.
Penilaian itu dibuat menerusi Program Tinjauan Keselamatan Bersama Perwakilan Asing ke ESS Zone 2026. Delegasi antarabangsa melawat perairan Pantai Timur Sabah untuk menilai sendiri keadaan sebenar di lapangan.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, keamanan ini hasil komitmen berterusan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri dan agensi keselamatan yang bertugas.
“Tahap keselamatan terkini membolehkan pergerakan perairan selamat, pulau pelancongan terus dikunjungi, dan komuniti pesisir menjalani aktiviti harian dengan tenang,” katanya.
Kestabilan itu turut menyokong pemuliharaan penyu di Pulau Selingan, ekopelancongan, dan ekonomi biru yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.
Beliau berharap delegasi menyokong penilaian semula nasihat perjalanan ke ESS Zone berpandukan fakta terkini, bukannya persepsi lampau, demi kemakmuran bersama.
Sumber: JAPEN

