120 pelajar sertai Digital Race, Kumpulan 10 muncul juara

3ba62f83 74fc 48b3 a9da 2f276730324f

TUARAN: 9 Ogos 2026 — Seramai 120 pelajar dari 15 sekolah menyertai Digital Race sempena program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2026.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah itu berlangsung di Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), di sini, pada Jumaat.

e3587e46 856c 49d8 8403 4dac73dd2095

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu mengharungi lima titik semak iaitu Susun Suai, Visual Kreatif, Cari Tahu, Konten Kreatif dan Peka Bahasa.

Setiap kumpulan berlumba menyelesaikan tugasan di setiap titik semak dengan pantas.

e0942b8d 325f 4ab8 ad29 32d5bb0f49d8

Kumpulan 10 muncul juara selepas menamatkan semua tugasan lebih awal daripada kumpulan lain. Kumpulan 5 di tempat kedua dan Kumpulan 1 di tempat ketiga.

Selain pertandingan, program itu turut menyediakan taklimat urusetia, modul kepimpinan dan jati diri kepada peserta.

Program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad, diisi pelbagai aktiviti kenegaraan untuk membentuk jati diri, semangat patriotisme dan literasi digital.

Antara sekolah yang menyertai program itu ialah SMK Tansau, SMK Tamparuli, SMK Badin, SMK Bandaraya, SMK Inanam, SMK Labuan, SMK Lajau, SMK Mutiara, SMK Pantai, SMK Rancha-Rancha, SMK ST Anne, SMK ST Anthony, SMK Taman Perumahan Bedaun, Sekolah Menengah Sains Labuan dan Kolej Vokasional Labuan.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (BGSPI), Sulia Banying Anak Gihang dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Norehan Kipli.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal