Suspek gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top diburu polis

WhatsApp Image 2026 08 03 at 1.54.38 PM

Gambar ilustrasi

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 3 Ogos 2026 – Polis sedang giat mengesan suspek terlibat dalam kejadian gangguan tidak senonoh terhadap seorang wanita di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Hill Top, Luyang pada 29 Julai lalu, selepas laporan diterima di Balai Polis Luyang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Bin Syed Ab Rahman berkata, siasatan merangkumi semakan rakaman CCTV, mengesan saksi berpotensi dan mengumpul maklumat risikan untuk segera mengenal pasti suspek.

“Polis memandang serius kejadian ini dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah yang mengancam keselamatan awam, khususnya golongan wanita,” tegasnya dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, rondaan cegah jenayah oleh MPV, URB dan anggota Balai Luyang dipertingkat di sekitar Taman Hill Top dan kawasan tumpuan awam di Kota Kinabalu, terutamanya pada waktu malam, untuk meningkatkan kehadiran polis dan memberi keyakinan kepada masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Luyang di talian 088-253470, Hotline IPD Kota Kinabalu di 088-221191 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal