GLASGOW: 29 Julai 2026 — Kontinjen Malaysia mencapai sasaran lima pingat emas di Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas Datuk Abdul Latif Romly menghadiahkan emas kelima negara menerusi acara lompat jauh.

Malaysia
Abdul Latif menghadiahkan emas kelima negara hari ini selepas muncul juara acara lompat jauh dengan lompatan sejauh 7.17 meter, sekali gus melengkapkan sasaran lima pingat emas kontinjen Malaysia.

Malaysia
Empat lagi pingat emas disumbangkan skuad angkat berat menerusi Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 60 kilogram (kg) lelaki, Muhamad Aznil Bidin (65kg), Muhammad Erry Hidayat (79kg) dan Muhammad Hafizuddin Roslin (88kg).

Malaysia
Aniq turut mencipta rekod baharu temasya dalam acara clean and jerk dengan angkatan 152kg dan angkatan keseluruhan 273kg.

Malaysia
Aznil pula memperbaharui rekod snatch (133kg), clean and jerk (166kg) dan angkatan keseluruhan (299kg), sekali gus muncul atlet angkat berat Malaysia pertama meraih tiga pingat emas berturut-turut di Sukan Komanwel.

Malaysia
Erry mencipta rekod baharu clean and jerk (184kg) dan angkatan keseluruhan (331kg), manakala Hafizuddin mencatat rekod baharu snatch (162kg) dan angkatan keseluruhan (345kg) pada penampilan sulungnya di temasya itu.
Malaysia turut menambah pingat gangsa menerusi Eljoe Gotuoh dalam acara lompat jauh selepas mencatat lompatan sejauh 6.51 meter.

