Rekod lontar peluru MSS Sabah bertahan lebih 3 dekad akhirnya dipecahkan

Gambar Anna Teresa Amandus pemegang rekod 33 tahun

RANAU: 22 Julai 2026 – Rekod lontar peluru perempuan bawah 12 tahun Sabah yang bertahan 33 tahun akhirnya dipecahkan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Ke-58.

Rekod 10.13 meter itu dicipta bekas atlet, Anna Teresa Peter Amandus, di Kudat pada tahun 1993. Anna yang berasal dari Kampung Limbahau, Papar, kini menetap di Sandakan. Beliau tidak menyangka rekodnya mampu kekal lebih tiga dekad.

“Saya selalu fikir rekod itu akan dipecahkan setiap tahun. Tahun lalu, saya dimaklumkan rekod itu hanya kurang satu sentimeter untuk diatasi. Ketika itu saya tahu masanya pasti tiba,” katanya.

Rekod tersebut akhirnya jatuh pada hari kedua kejohanan olahraga MSSS Ke-58, pada 21 Julai di padang Kompleks Sukan Ranau.

Gambar Gloria memecahkan rekod kejohanan
Gloria (MSSD Keningau) menamatkan rekod lontar peluru (P12) yang bertahan lebih tiga dekad.

Anna berasa bangga melihat kejayaan atlet muda itu. Beliau memahami sendiri perasaan memecahkan sesuatu rekod.

“Rekod dicipta untuk dipecahkan. Saya bangga kerana rekod itu mampu bertahan selama 33 tahun. Lebih bangga lagi melihat generasi baharu berjaya melakukannya dengan lontaran yang begitu hebat,” katanya.

Kejayaan Anna pada 1993 hasil latihan berterusan dan bimbingan jurulatih. Sokongan keluarga, terutama ibunya yang juga bekas atlet lontar peluru, turut membantu membentuk kejayaannya.

Anna turut berpesan kepada atlet muda supaya berani meneroka potensi diri, terus berlatih dan tidak mudah putus asa.

“Jika benar-benar mahukan sesuatu, berusahalah bersungguh-sungguh. Kegagalan hari ini bukan pengakhiran, sebaliknya peluang untuk bangkit dengan lebih baik pada masa depan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal