Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan Warnai Gaya Street

KOTA KINABALU: 13 Julai 2026 – Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan yang berlangsung selama tiga hari di Gaya Street, Kota Kinabalu bermula 3 hingga 5 Julai 2026 lalu berjaya menarik kehadiran orang ramai yang mengambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai manfaat yang ditawarkan menerusi Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu.

WhatsApp Image 2026 07 10 at 11.30.43

Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Hotlink untuk meraikan Geng Bijak Berbajet di Sabah, iaitu mereka yang sentiasa bijak memaksimumkan nilai dalam setiap perbelanjaan. Menerusi pendekatan yang lebih interaktif, Hotlink turut memperkenalkan Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu, Pelan Internet Prabayar No.1 Nilai Terbesar yang menawarkan internet tanpa had serta pelbagai ganjaran eksklusif.

Booth Hotlink menjadi tumpuan apabila pengunjung tampil menyanyi, menari dan menyahut pelbagai cabaran interaktif demi merebut ‘blind box’ eksklusif yang mengandungi baucar makanan KFC dan Ai-CHA percuma daripada Hotlink.

WhatsApp Image 2026 07 10 at 11.30.43 1 1

Pengunjung yang berjaya melengkapkan aktiviti di setiap stesen juga turut berpeluang menebus ‘blindbox’ yang menawarkan baucar makanan KFC dan Ai-CHA secara percuma melalui kempen Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan ini sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan kepada pelanggan Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu seperti:

1. Internet, hotspot, panggilan dan kelajuan 5G tanpa had.

2. Baucar makanan KFC dan Ai-Cha percuma.

3. Diskaun RM10 off setiap bulan.

4. Menang hadiah setiap Ahad melalui Menang Ahad, seperti iPhone, TV, baucar makanan, data internet, dan pelbagai lagi.

5. Akses penstriman sukan dan hiburan melalui Sooka tanpa caj tambahan.

6. Data roaming percuma ke Singapura, Thailand dan Indonesia.

Program tersebut turut memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri bagaimana aplikasi Hotlink dapat digunakan untuk mengaktifkan pelan internet, mengurus akaun dan menebus pelbagai ganjaran yang disediakan kepada pelanggan, termasuk baucar makanan dan minuman percuma.

Di samping itu, golongan belia berumur 24 tahun dan ke bawah turut diperkenalkan dengan manfaat Hotlink Rewards for Youth, yang menawarkan diskaun RM20 bagi langganan Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu, menjadikan pelan tersebut lebih mampu dimiliki oleh golongan muda.

Penganjuran Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan di Kota Kinabalu mencerminkan komitmen Hotlink dalam mendekati komuniti di Sabah melalui aktiviti bersemuka yang membolehkan orang ramai mengenali dengan lebih dekat produk dan ganjaran yang ditawarkan, di samping menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan di Sandakan dan Tawau

Susulan sambutan menggalakkan di Kota Kinabalu, siri jelajah Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan akan diteruskan ke Sandakan dan Tawau pada bulan Ogos ini.

WhatsApp Image 2026 07 10 at 11.30.44

Orang ramai di daerah berkenaan dijemput hadir untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, mendapatkan maklumat mengenai Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu, dan menikmati peluang menebus pelbagai ganjaran eksklusif termasuk baucar makanan KFC (self-collect) Ai-CHA dan banyak lagi.

Hotlink terus meraikan Geng Bijak Berbajet di Sabah, mereka yang sentiasa bijak memaksimumkan nilai dalam kehidupan seharian.  Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan di Sandakan dan Tawau pada bulan Ogos ini. Layari laman web rasmi Hotlink di https://www.hotlink.com.my/ms/plan/east-malaysia/ atau kunjungi Hotlink Store dan pengedar sah berhampiran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu. Dengan internet tanpa had, ganjaran eksklusif dan penjimatan setiap bulan, Hotlink terus menjadi pilihan utama Geng Bijak Berbajet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal