“Satu Kanopi, Satu Mukim” untuk semua mukim di Tambunan – Victor

Picsart 26 07 08 17 24 33 701

KENINGAU: 10 Julai 2026 — Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Datuk Victor Peter Paut, mengumumkan inisiatif sumbangan “Satu Kanopi Satu Mukim” untuk kesemua tujuh mukim di daerah Tambunan, pada Rabu lalu.

Beliau berkata, sumbangan itu bertujuan untuk meringankan beban komuniti di samping menunjukkan sokongan terhadap pelbagai aktiviti peringkat kampung, termasuk program kebudayaan dan acara keagamaan.

“Peruntukan ini juga dapat mengurangkan kos penganjuran sebarang program atau aktiviti di mukim berkenaan.

“Kami komited untuk menyokong pelaksanaan program komuniti serta memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Tambunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Victor, yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, menambah bahawa walaupun inisiatif ini telah berjalan sejak tahun 2024, mana‑mana mukim di daerah ini yang masih belum menerima sumbangan kanopi tersebut boleh merujuk ke Pejabat PGRS N39 Tambunan pada waktu pejabat.

Daerah Tambunan terdiri dari tujuh mukim, iaitu Mukim Sunsuron, Mukim Kirokot, Mukim Patau, Mukim Lintuhun, Mukim Monsorulung, Mukim Nambayan dan Mukim Toboh.

Kesemua mukim ini merangkumi 77 buah perkampungan di seluruh daerah Tambunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal