Empat lelaki tempatan ditahan, lebih 54 gram syabu dirampas

WhatsApp Image 2026 07 09 at 11.03.06 PM

LAHAD DATU: 9 Julai 2026 – Empat lelaki tempatan diberkas selepas polis merampas lebih 54 gram dadah disyaki syabu bernilai hampir RM6,000 dalam Op Tapis dan Op Taring Esszone yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini, semalam.

Operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 itu menyasarkan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Hasil serbuan, polis menemukan dadah disyaki syabu yang disembunyikan di dalam kotak rokok dan beg silang. Turut dirampas sebuah motosikal serta telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut.

Ujian saringan awal air kencing mendapati beberapa suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 52 tahun kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis menegaskan operasi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah akan terus dipergiat tanpa sebarang kompromi, selain memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Sumber: Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal