KOTA KINABALU: 2 Julai 2026 — Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun ditemui maut selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian di kawasan tapak pembinaan di Iramanis, awal pagi Kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt. Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dan suspek keluar bersama untuk minum minuman keras sebelum berlaku pertengkaran sebaik pulang ke rumah kongsi.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memukul suspek terlebih dahulu menggunakan kayu sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau.

Mayat mangsa ditemui di dalam lubang pembetung berhampiran lokasi kejadian, manakala suspek dilaporkan melarikan diri.
Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

