Wanita warga asing ditemukan meninggal dunia di pangsapuri

736226331 1950655498984128 4025749756689720794 n

PENAMPANG: 2 JULAI 2026 – Seorang wanita warga asing berusia 42 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Jalan Penampang Lama selepas gagal dihubungi oleh majikannya sejak pagi Selasa.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa pada kira-kira jam 10 malam, 30 Jun.

Siasatan awal mendapati majikan mangsa pergi ke kediamannya selepas gagal menghubungi wanita yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu. Setibanya di lokasi, pintu rumah didapati berkunci dan tiada sebarang maklum balas dari mangsa.

Susulan itu, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuka pintu rumah secara paksa dan menemukan mangsa telah meninggal dunia di dalam kediaman berkenaan.

Siasatan turut mendapati mangsa tinggal bersendirian dan sebelum ini memaklumkan kepada majikannya bahawa dia bercuti pada 29 Jun dan akan kembali bekerja pada 30 Jun.

Pemeriksaan di tempat kejadian dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang bersama Pasukan Forensik D10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dikesan yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal