44 PATI ditahan di Sandakan

photo 2026 06 29 16 08 35

SANDAKAN: 29 Jun 2026 – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menerusi Ops Sapu di sekitar daerah Sandakan pada 27 Jun lalu.

Menurut JIM, Hasil pemeriksaan mendapati 44 warga asing disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Daripada jumlah yang ditahan, 10 merupakan lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan, yang kesemuanya adalah warganegara Filipina.

Siasatan awal mendapati kesemua individu terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal