FINAS umum geran RM50,000 kepada Pemenang Filem Terbaik di Golden Wind Award 2026

photo 2026 06 28 15 08 39

KOTA KINABALU: 27 Jun 2026 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan pemberian geran khas berjumlah RM50,000 kepada pemenang kategori Filem Terbaik pada 4th Golden Wind Award 2026 sempena Aspresiasi Filem Sabah (AFiS).

Pemberian geran itu menerusi inisiatif Pemangkin Industri Kreatif MADANI sebagai usaha menghargai penghasilan karya berkualiti dan merancakkan pembangunan industri perfileman tempatan.

Pengerusi FINAS, Dato Hans Isaac, berkata Sabah kini dianggap sebagai “rumah kedua” dan menjadi antara fokus utama pembangunan industri kreatif negara, selain Sarawak.

photo 2026 06 28 15 35 13

Menurutnya, FINAS sebelum ini telah memperkenalkan pendekatan baharu dengan membawa pihak agensi ke Sabah untuk sesi pitching, berbanding sebelum ini yang memerlukan penggiat industri tempatan ke Kuala Lumpur.

“Penggiat industri Sabah memiliki potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa kerana kandungan yang dihasilkan dilihat bertaraf dunia,” katanya.

Beliau menasihatkan penggiat seni agar tidak berputus asa sekiranya tidak memenangi anugerah, sebaliknya terus menghasilkan karya dan menyertai festival filem di peringkat antarabangsa.

Turut hadir YBrs. Puan Yee I-Lann, Ahli Perbadanan FINAS dan YBrs. Encik Muhammad Ar-Riyyan Mohamad Roslan, Pengarah Pembangunan Industri FINAS.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran festival dan menzahirkan komitmen FINAS untuk terus menyokong pembangunan industri filem negara melalui kerjasama strategik antara kerajaan persekutuan dan negeri.

“FINAS berada di sini untuk membantu industri. Teruskan berkarya dan bawa kandungan Malaysia ke pentas dunia,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal