PENAMPANG – TV Sabah menjadi Diamond Sponsor untuk penganjuran Sodop Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan 2026, sebaris dengan jenama gergasi seperti Maxis, Pepsi, Vaseline dan Sazarice.
Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif TV Sabah, Puan Suzanne Lujain-Bingkasan mewakili barisan Diamond Sponsor ini untuk menerima anugerah dari pihak penganjur.
Sepanjang sambutan Kaamatan, TV Sabah menjadi pilihan penonton menerusi liputan pelbagai program dan acara kebudayaan di peringkat daerah dan negeri.
TV Sabah bukan sahaja menyajikan hiburan dan informasi, malah aktif mempromosikan warisan budaya dan identiti rakyat Sabah kepada khalayak yang lebih luas.
