SMK Matunggong kekal sekolah luar bandar terbaik selama 9 tahun

photo 2026 05 05 15 37 09

MATUNGGONG: SMK Matunggong kekal sebagai sekolah harian luar bandar terbaik di Sabah selama sembilan tahun berturut-turut.

Dalam SPM 2025, sekolah ini menduduki tangga ke-13 daripada 223 sekolah di Sabah, mengekalkan kadar kelulusan 100% untuk tahun keenam berturut-turut, dan mencatat peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 3.34.

Seramai 55 daripada 141 calon memperoleh keputusan cemerlang dengan sekurang-kurangnya 5A dan keatas.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Julita Majungki, berkata, “Pencapaian berterusan itu membuktikan bahawa sekolah luar bandar berupaya mencapai tahap kecemerlangan setanding dengan institusi lain di negeri ini.”.

Beliau turut menekankan bahawa kejayaan tersebut lahir dari gabungan disiplin, ketekunan dan komitmen berterusan dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar.

Menurutnya, penekanan terhadap pendidikan sebagai teras pembangunan, sejajar dengan agenda yang digariskan, telah menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik secara menyeluruh.

photo 2026 05 05 15 37 04
Julita merakamkan gambar kenangan bersama pelajar cemerlang SMK Matunggong, para guru serta barisan kepimpinan tertinggi sekolah

“Latar belakang bukanlah penghalang kepada kejayaan, sebaliknya sikap, disiplin dan usaha berterusan menjadi faktor penentu masa depan seseorang,” ujarnya.

Majlis Anugerah Pelajar SMK Matunggong 2025 itu menghimpunkan pelajar, guru dan ibu bapa dalam suasana penuh penghargaan, sekali gus memperkukuh semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan insentif tunai kepada pelajar cemerlang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal