Artis tempatan Kendylife anjur pameran solo pertama

WhatsApp Image 2026 05 05 at 16.11.45

KOTA KINABALU: 5 Mei — Artis doodle tempatan dan pengarah kreatif, Kendrick Ng atau dikenali sebagai Kendylife, menganjurkan pameran solo pertama di Sabah sempena 20 tahun perjalanan seninya.

Pameran bertajuk “Lines That Became Stories” itu dirasmikan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar.

image 10

Beliau yang berasal dari Tenom memulakan perjalanan seni dari bandar kecil seterusnya mengembangkan karyanya ke peringkat antarabangsa termasuk Singapura, Filipina, Australia dan United Kingdom.

Menurutnya, pameran di negeri ini menjadi simbol kepulangan setelah dua dekad berkarya di samping menghargai sokongan komuniti kreatif tempatan.

“Untuk akhirnya mengadakan pameran besar pertama di Sabah bersama komuniti yang memahami dan menyokong perkembangan kreatif merupakan sesuatu yang amat saya syukuri,” katanya.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 16.08.22

Pameran itu menghimpunkan karya sepanjang dua dekad merangkumi lakaran awal, terbitan sendiri berbentuk zine dan projek kolaborasi.

Ia turut menjadi pengukuh kerjasama penggiat seni tempatan dan pencetus keusahawanan kreatif.

Pameran berlangsung di Tinggi Tinggi Creative Hub mulai 1 Mei hingga 30 Jun, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Pameran ditutup setiap Isnin dan cuti umum terpilih.

WhatsApp Image 2026 05 05 at 16.11.45 1

Turut hadir, Cloudine Padua, Mervin Liew, Cherry Ding, Chin Lee Ling, Winston Ng, Agnes Wong, dan Japson Wong.

Penganjuran disokong oleh Tinggi Tinggi Creative Hub, Sakura Color Malaysia, Gsoft Malaysia, Kinmen Association Tenom Sabah, Life Water Berhad, TEM TEM Sabah, Bauertech Industries, Borenos Fried Chicken, serta One Roof.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal