KOTA KINABALU: 4 Mei 2026 – Jenama “streetwear” atau fesyen jalanan baharu kelahiran Sabah, Mono.My, muncul ke persada, membawa kisah aspirasi, identiti, dan keyakinan – bakal melancarkan koleksi sulung secara pra-tempah eksklusif bermula 28 April 2026, sekali gus menyasarkan pasaran global.

Mono.My diasaskan oleh Mohammad Aaron Daniel dan Gerald Ng Teck Shen. Kedua-duanya membesar di Sabah dengan pendedahan terhad kepada fesyen global, namun mempunyai visi yang jelas.
Mohammad Aaron Daniel berkata, jenama itu berasaskan idenditi Sabah tetapi katanya, “Kami sentiasa melihat gambaran lebih besar. Walaupun dari Sabah, pemikiran kami tidak terhad kepada Sabah dan mahu bina sesuatu yang boleh berdiri di mana-mana di dunia,” katanya.

Mono.My turut mencerminkan generasi baharu kreatif dari Malaysia Timur yang tidak lagi menunggu pengiktirafan, sebaliknya menciptanya sendiri.
Koleksi sulung “The Origin” menggunakan fabrik 210gsm dan cetakan DTF berkualiti tinggi.
Bersempena Pesta Kaamatan, Mono.My turut memperkenalkan edisi khas pada 4 Mei. Koleksi ini menggabungkan elemen warisan Sabah dan estetika moden minimalis.
Sementara itu, Gerald Ng Teck Shen berkata, jenama itu membawa mesej dipersembahkan kepada anak muda Sabah.
“Ini tentang penampilan dan kami mahu orang Sabah melihat bahawa memang boleh menghasilkan sesuatu bertaraf global tanpa kehilangan identiti asal,” katanya.

Mono.My menggunakan model pre-order untuk memastikan pengeluaran berdasarkan permintaan. Pendekatan itu membantu mengurangkan pembaziran dan mengekalkan keistimewaan produk.
Tempahan dibuka dalam tempoh terhad melalui platform sosial media rasmi Mono.My dan penyokong awal akan menjadi sebahagian daripada fasa pertama pembangunan jenama itu.
