RM300,000 Diluluskan bina semula Titian roboh di Pulau Gaya

IMG 2820

PUTRAJAYA: 24 April 2026 — Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi pembinaan semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang menjejaskan keselamatan penduduk setempat.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat dan Media Jabatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengambil tindakan segera dengan meluluskan peruntukan berkenaan bagi memastikan kemudahan asas penduduk dapat dipulihkan tanpa kelewatan.

Keputusan tersebut dibuat selepas kejadian pada 22 Mac lalu yang menyebabkan beberapa penduduk terjatuh ke laut ketika aktiviti ziarah Aidilfitri.

IMG 2818

Langkah pantas ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam mengutamakan keselamatan awam dan kesejahteraan komuniti, khususnya di kawasan luar bandar dan pulau.

Peruntukan yang diluluskan akan digunakan sepenuhnya untuk membina semula titian pejalan kaki yang lebih kukuh dan selamat, sekali gus menggantikan struktur lama yang uzur dan berisiko.

Pelaksanaan projek tersebut akan dipantau oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di Sabah bagi memastikan kerja pembinaan disiapkan dengan segera dan menepati piawaian keselamatan.

Usaha ini juga sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan rakyat dan pembangunan infrastruktur yang inklusif.

Dengan pelaksanaan projek ini, penduduk di Pulau Gaya dijangka dapat menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selamat, sekali gus meningkatkan kualiti hidup harian mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal