PPM Sabah tumpaskan cubaan seleweng diesel di Lahad Datu

Gambar Op Tiris PPM4

LAHAD DATU: 23 April 2026 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya mematahkan cubaan penyelewengan bahan api bersubsidi apabila merampas kira-kira 10,000 liter diesel dalam satu operasi di kawasan Pantai Timur, Sabah.

Operasi dijalankan hasil risikan dan pemantauan berterusan sebelum sepasukan anggota PPM menahan sebuah lori tangki minyak jenis Nissan di Jalan Paris 3 yang didapati mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut tidak mempunyai pengesahan dari depot sah, selain membawa muatan diesel dalam jumlah besar tanpa dokumen penghantaran yang lengkap. Pemandunya gagal membuktikan destinasi dan tujuan penghantaran bahan api berkenaan.

Seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan, manakala lori bersama muatan diesel dirampas. Bahan api tersebut dipercayai cuba diseleweng sebelum diseludup ke negara jiran.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM51,200.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan akan terus mempergiat operasi bagi mengekang kegiatan penyelewengan dan penyeludupan bahan api bersubsidi, sekali gus melindungi kepentingan ekonomi dan keselamatan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal