Pesta Kaamatan Platform Perpaduan Rakyat Tenom dan Kemabong

6adcfb08 5b1b 41e8 b76a 7832858cc3ce

TENOM: 9 Mei 2026 – Pesta Kaamatan bukan sekadar sambutan budaya, sebaliknya menjadi platform penting menyatukan rakyat pelbagai kaum serta memperkukuh keharmonian di Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, tema “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” amat tepat untuk membina masyarakat yang lebih bersatu dan saling menghormati.

“Pesta Kaamatan mempunyai kaitan rapat dengan pengeluaran padi. Saya mengajak semua pihak bersama-sama memikul tanggungjawab membangunkan industri padi di Sabah,” katanya di majlis penutupan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong.

Beliau memaklumkan lebih RM33.4 juta akan dibelanjakan di kawasan berkenaan melalui pelbagai program pertanian, manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperuntukkan RM17 juta untuk menaik taraf sistem pengairan sawah padi.

Mengenai inisiatif Kebun Dapur, demi menggalakkan pertanian dan penternakan kecil-kecilan, Jamawi berkata sambutan penduduk Tenom sangat menggalakkan.

“Bekalan ayam, itik, puyuh dan ikan yang dijual pada harga minimum habis dijual lebih awal. Insya-Allah, kita akan mengaktifkan semua pusat pengumpulan di setiap parlimen jika inisiatif ini terus mendapat sambutan,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal