Sambutan Hari Jadi TYT Sabah berlangsung meriah, tiga acara utama jadi tumpuan

TYT Waving and Smiling

KOTA KINABALU: 30 Mac 2026 – Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75, Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, hari ini berlangsung meriah dengan tiga acara utama menjadi tumpuan ribuan rakyat di sekitar ibu kota.

WhatsApp Image 2026 03 30 at 12.37.05 PM

WhatsApp Image 2026 03 30 at 12.37.04 PM 2

Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman membuat pemeriksaan perbarisan.

Istiadat Perbarisan dan Kawal Kehormatan bermula seawal 8 pagi di Padang Merdeka disertai hampir 70 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan, badan beruniform, dan institusi pendidikan. Kehadiran orang ramai memenuhi kawasan sekitar padang bagi menyaksikan perarakan gilang-gemilang itu.

WhatsApp Image 2026 03 30 at 12.37.04 PM 1

Persembahan kebudayaan yang menggabungkan elemen tradisional dan moden oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Seusai perbarisan, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sabah berlangsung di Istana Seri Kinabalu. Seramai 1,026 penerima dikurniakan pelbagai darjah kebesaran, bintang, dan pingat negeri atas sumbangan dan jasa mereka.

TYT isteri KM isteri 1

Dari kiri – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman (tiga) dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin (empat) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (satu) dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag (dua) sempena Majlis Sambutan Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-75, di Kota Kinabalu pada 30 Mac 2026

Selanjutnya, Majlis Jamuan Negeri akan diadakan di Dewan Bankuasi, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, malam ini sebagai acara kemuncak sambutan yang diraikan bersama pemimpin kerajaan, tetamu jemputan, dan rakyat.

Bagi memastikan kelancaran acara, beberapa jalan utama di Kota Kinabalu ditutup secara berperingkat bermula jam 5 pagi tadi, dengan kerjasama pihak polis mengawal aliran lalu lintas.

Sambutan tahun ini dilaksanakan secara berhemah namun tetap mengekalkan kemeriahan dan semangat perpaduan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal