Mangsa dibaham buaya ditemui tanpa kaki dan tangan

bhbaham17 1773765401

KINABATANGAN: 19 Mac 2026 – Seorang lelaki yang dilaporkan dibaham buaya di sungai Kampung Segaliud ditemui dalam keadaan tragis tanpa kaki dan tangan pada pagi Rabu.

Mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, ditemui terapung kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan disambar reptilia berkenaan sehari selepas kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba berkata, kejadian itu berlaku di hadapan bapa mangsa ketika mereka sedang menjala udang di sungai tersebut.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kaedah Water Surface Rescue sebelum mangsa berjaya ditemui pada hari kedua operasi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sabah Revolusi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal