KOTA KINABALU: 6 Mac 2026 – 30 ribu mahasiswa Sabah yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara akan mendapat manfaat pelancaran Inisiatif Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) 2026.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor berkata bantuan itu diwujudkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu pelajar meneruskan pengajian dan meringankan beban kewangan mereka.
Sepanjang lima tahun lalu kerajaan negeri telah melaksanakan 14 inisiatif bantuan pendidikan dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM210.25 juta yang memberi manfaat kepada ratusan ribu pelajar sekolah dan IPT di seluruh Sabah.

“Bagi tahun ini sahaja, sebanyak RM100 juta turut diperuntukkan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang dijangka memanfaatkan kira-kira 5 ribu pelajar,” katanya.

Beliau menekankan bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan penting untuk masa depan negeri dan berharap para pelajar terus memberi tumpuan kepada pembelajaran, memanfaatkan bantuan yang disediakan dan kembali menyumbang kepada pembangunan Sabah pada masa hadapan.
Sumber: Hajiji Haji Noor
