CIDB Malaysia anjur International Constructions Week (ICW) Borneo 2026 edisi ke-2 di Kota Kinabalu

2

KOTA KINABALU: 27 Februari 2026 – CIDB Malaysia akan menganjurkan International Constructions Week Borneo di Kota Kinabalu pada 12 hingga 13 Mei, tahun ini, namun tempat hanya akan diketahui selepas dimuktamadkan. ICW Borneo 2026 edisi ke-2 ialah susulan kejayaan ICW Borneo 2025 yang telah pertama kalinya diadakan di Kuching, Sarawak.

ICW Borneo merupakan platform strategik yang menghubungkan Malaysia Timur dengan Malaysia Barat dan pasaran pembinaan antarabangsa. Ia bertujuan menjadi platform menghubungkan para pemain industri tempatan dengan teknologi, penyelesaian dan kepakaran nasional dan antarabangsa. Menyokong pertumbuhan industri melalui kolaborasi, pertukaran ilmu dan pendedahan kepada produk, teknologi dan amalan terbaik terkini.

Sebagaimana pembangunan di Borneo semakin pesat, ICW Borneo menyediakan akses terus kepada para pembuat keputusan, perkongsian-perkongsian dan peluang-peluang yang membentuk masa depan pembinaan di rantau Borneo.

Persidangan tahun ini akan membincangkan tema-tema utama yang membentuk masa depan pembinaan di Borneo, termasuk pembangunan mampan, penyampaian infrastruktur, pendigitalan, produktiviti pembinaan dan pembinaan kapasiti. Sesi-sesi persidangan direka untuk menggalakkan perbincangan-perbincangan praktikal, penjajaran dasar dan perkongsian ilmu antara pihak berkepentingan sektor awam dan swasta.

“Kita sangat teruja untuk bekerja bersama industri pembangunan, para pemain dan pihak-pihak berkepentingan di Sabah, untuk bekerjasama membentuk ICW Borneo di Sabah, supaya ia memenuhi keperluan industri-industri pembangunan di Sabah,” kata Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Noryani Ismail, dalam sidang media setelah berjumpa dengan lebih 40 perwakilan dari para pemain dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri.

Katanya, mereka telah memberi maklum balas dan maklumat yang sangat baik mengenai apa yang mereka perlukan untuk dimasukkan dalam ICW Borneo.

“Sebahagian mereka mahu lebih banyak pencerahan tentang teknologi BIM, pengurusan projek, kualiti infrastruktur dan bahan-bahan bangunan, dan mereka ingin membincangkan pelbagai isu yang sangat unik untuk Sabah.

“Ini adalah maklumat sangat baik yang kami dapati dari industri, dan kami melihat ke hadapan untuk bekerjasama dengan mereka supaya dapat menjadikan ICW Borneo sebuah platform yang sangat berkesan untuk mereka belajar, bina jaringan kerja dan mempromosi produk-produk dan kepakaran mereka kepada industri,” jelasnya kepada wartawan semalam.

Sebelum itu, Noryani menjelaskan bahawa secara rasminya, CIDB Malaysia mengadakan acara besar International Construction (ICW) dan Real Expo di Kuala Lumpur setiap tahun. Real Expo merupakan komponen pameran ICW bermula tahun lalu di MyTag, Kuala Lumpur.

CIDB Malaysia mengenali kepentingan industri pembangunan di Malaysia Timur. Sabah dan Sarawak mempunyai masalah dan keperluan yang unik, yang perlu diuruskan secara khusus seperti yang diketengahkan oleh kerajaan.

Penganjuran ICW Borneo di Kuching, Sarawak tahun lalu 2025, mencerminkan komitmen Malaysia dalam memacu pembangunan holistik di rantau ASEAN, dengan ICW Borneo 2025 sebagai titik permulaan. Malaysia berhasrat untuk mengembangkan inovasi, infrastruktur, dan kesejahteraan melalui perkongsian, strategi, dan tindakan transformatif yang seimbang antara dasar, industri, dan keselamatan.

Menurut Noryani, pembicara bukan sahaja lokal tetapi juga regional dan antarabangsa, namun ia akan dapat dijelaskan lebih lanjut di masa akan datang. Dengan itu beberapa nama pembicara disebut untuk ICW Borneo 2026, antaranya Laura Hardy, arkitek terkenal di Bali. Ayah Laura, John Hardy, merupakan pembicara ICW Borneo 2025 di Kuching, Sarawak.

Turut disebut ialah Gamuda Berhad, sebuah korporasi Malaysia yang terkemuka dan terkenal dengan pengiktirafan seluruh dunia, diiktiraf secara meluas sebagai sebuah kuasa besar dalam bidang kejuruteraan, infrastruktur, dan pembangunan hartanah, yang kini sedang beroperasi di Ulu Padas Dam di Sabah, telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan ICW Borneo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal