Anglican Diocese of Sabah Raikan Krismas Bersama Komuniti di Kota Kinabalu

photo 2025 12 27 21 05 28

KOTA KINABALU: 27 Disember 2025 — Anglican Diocese of Sabah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2025 yang berlangsung meriah di All Saints’ Cathedral Kota Kinabalu, sekali gus menghimpunkan warga Anglican dari seluruh Sabah serta masyarakat umum.

Majlis tahunan itu dianjurkan oleh Area Diocese of Sabah West dan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang, menampilkan pelbagai persembahan oleh gereja-gereja Anglican sekitar Kota Kinabalu serta tayangan ucapan Krismas dalam bentuk video daripada gereja-gereja Anglican di seluruh negeri.

photo 2025 12 27 21 05 37

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Bishop of Sabah, Yang Berbahagia Bishop Datuk Melter Jiki bin Tais.

Turut memeriahkan majlis ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.22 Tanjung Aru, YB Datuk Junz Wong; ADUN N.20 Api-Api, YB Loi Kok Liang; N.25 ADUN Kepayan, YB Chin Tek Ming; serta Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, YB Datuk Roger Chin. Kehadiran barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC), bekas menteri dan tetamu kehormat lain turut menyerikan acara.

photo 2025 12 27 21 05 33

Penganjuran majlis itu bukan sahaja mencerminkan semangat perayaan Krismas, malah menjadi platform memperkukuh hubungan persaudaraan, perpaduan dan keharmonian antara anggota Anglican Diocese of Sabah serta masyarakat berbilang kaum dan latar belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal