Malaysia Perkukuh Kerjasama Budaya ASEAN Melalui SOMCA ke-21 di Sabah

photo 6122739029259259233 y

KOTA KINABALU: 19 November 2025 – Sabah sekali lagi menjadi tumpuan serantau apabila Kota Kinabalu dipilih sebagai lokasi penganjuran Mesyuarat Pegawai Kanan Budaya dan Seni ASEAN (SOMCA) ke-21 yang berlangsung dari 17 hingga 22 November 2025.

Kehadiran delegasi budaya dari seluruh ASEAN serta wakil rakan dialog China, Jepun dan Korea menjadikan edisi kali ini antara yang paling memberi kesan dari segi kerjasama budaya dan seni serantau.

photo 6122739029259259234 y

Sepanjang mesyuarat, para peserta memberi tumpuan kepada usaha memantapkan ekosistem budaya, seni dan ekonomi kreatif ASEAN, termasuk perbincangan mengenai pembangunan kapasiti, pemeliharaan warisan dan pertukaran idea kreatif.

Delegasi turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ke-7 Kerjasama Warisan Budaya ASEAN–ROK (AKCHC) yang menekankan pemeliharaan warisan budaya dan pengembangan program kreatif rentas negara.

Bagi memberi gambaran lebih dekat mengenai kekayaan budaya dan alam semula jadi Sabah, peserta dibawa melawat Kampung Budaya Mari Mari serta Taman Laut Tunku Abdul Rahman sebagai sebahagian daripada program budaya rasmi.

SOMCA ke-21 turut menerima liputan luas media serantau, menonjolkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh diplomasi budaya ASEAN dan mewujudkan kerjasama yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.

photo 6122739029259259235 y

Fokus ini menjadi lebih penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), dengan budaya dan seni diangkat sebagai nadi pelancongan mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis perasmian SOMCA disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang menzahirkan kebanggaan Malaysia terhadap kejayaan Rangka Kerja Kelestarian Ekonomi Kreatif ASEAN (ACE) dan Deklarasi Melaka mengenai Pewujudan Nilai Warisan Budaya.

Beliau turut menegaskan peranan penting rakan dialog ASEAN Plus Three dalam memperkukuh ekosistem budaya serantau. Sempena penganjuran SOMCA, Borneo Arts and Crafts Bazaar turut berlangsung dari 18 hingga 20 November 2025 di Magellan Sutera Resort, menampilkan kepelbagaian warisan budaya dan seni kraf Sabah serta Borneo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal